๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐ฎ๐ก๐ข๐๐๐๐ก ๐๐๐ ๐๐๐๐
Alhamdulillah, warga Cubiq Meters berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Muhibbah 2026 anjuran MBI Selangor yang berlangsung semalam di Shah Alam.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada MBI Selangor atas jemputan serta penganjuran majlis yang penuh bermakna ini. Inisiatif seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan sedia ada, malah membuka ruang untuk memperluas jaringan yang lebih luas bersama rakan industri, anak-anak syarikat dalam Kumpulan MBI, dan para pemegang taruh.
Majlis Tautan Muhibbah MBI 2026 ini berlangsung dengan sangat baik dan meriah, serta berjaya mengeratkan lagi hubungan antara semua yang hadir. Semoga suasana mesra dan ukhuwah yang terjalin ini dapat terus dikekalkan, dan membawa kepada lebih banyak pertemuan serta kerjasama yang bermanfaat untuk semua di masa akan datang.
Terima kasih sekali lagi kepada MBI Selangor. Semoga berjumpa lagi di masa hadapan.
#cubiqmeters #MBISelangor #majlistautanmuhibbah





