๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ญ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ฅ ๐๐๐ง ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐ง ๐๐ซ๐จ๐ฃ๐๐ค ๐๐๐ซ๐ข๐ง๐ญ๐ข๐ฌ ๐๐ข ๐๐๐๐ฎ๐๐ง
Baru-baru ini, hasil dan kejayaan pelaksanaan Projek Perintis Ultrasonic Smart Meter (USM) di Labuan telah berjaya dibentangkan kepada Jabatan Bekalan Air di Putrajaya.
Sebanyak 32 unit USM (DN15, DN150 dan DN300) bersama 1 unit Data Concentrator Unit (DCU) telah dipasang bagi menilai prestasi teknologi ini dalam keadaan sebenar. DCU membolehkan pengumpulan data meter dari jarak jauh serta pemantauan penggunaan air secara berpusat dan remote.
Pelaksanaan ini menunjukkan bahawa Ultrasonic Smart Meter beroperasi dengan stabil di tapak, menyokong pemantauan penggunaan air yang lebih cekap serta pengesanan awal kebocoran melalui fungsi Acoustic Leak Detection (ALD).
Projek perintis ini juga membuktikan potensi USM sebagai meter statik untuk kegunaan meter pukal dalam sektor komersial dengan bacaan yang lebih tepat dan pengurusan air yang lebih efektif.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Bekalan Air, khususnya kepada YBrs. Ir. Ts. Anita binti Mohamed Shafie, Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air, serta Encik Shahrul Mizan, Ketua Seksyen NRW atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan projek perintis ini.
#nrwwithcubiq #cubiqmeters #jabatanbekalanair #labuan #jbalabuan


